Sunday, March 14, 2010

WARGA SMKPS GOTONG ROYONG MENCERIAKAN PSS

Sejak beberapa minggu yang lalu semua warga SMKPS telah memberikan satu komitmen yang padu dengan kerjasama yang erat untuk memantapkan lagi persiapan Pusat Sumber SMKPS. semua itu adalah sebagai persiapan untuk menghadapi persiapan sempena pertandingan Pusat Sumber sekolah peringkat negeri Kelantan.



Guru-guru, staf sokongan dan para pelajar tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama terlibat menceriakan kawasan-kawasan tertentu yang telah diamanahkan mengikut panitia-panitia masing-masing. secara tidak langsung aktiviti ini telah mengeratkan ukhuwwah dan persaudaraan di kalangan mereka. hilang segala penat lelah bila semua tugasan yang diamanhkan dapat disempurnakan dengan baik dan sempurna.

berikut adalah foto-foto di sekitar gotong royong tersebut :









Monday, March 8, 2010

Majlis Pelancaran NILAM SMK Puteri Saadong oleh KPP BTPN

Pada 3 Mac 2010 Bertempat di Dewan Terbuka SMKPS telah berlangsung Majlis Pelancaran NILAM peringkat sekolah yang telah dirasmikan oleh Puan Ketua  Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Pn Hajah Mazenah Bt Mohamed. Majlis diadakan dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi proram NILAM di peringkat sekolah.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Adnan bin Ishak, ucapan Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Kampung Chap En Hasanudin Bin Zaini, diikuti oleh ucapan Tuan Pengetua SMKPS Tuan Haji Pi Remli Bin Che Ishak dan Puan Pengarah BTPN Kelantan Pn Hjh Mazenah Bt Mohamed. Pada majlis tersebut beberapa orang pelajar-pelajar turut membuat persembahan bercerita.


Puan KPP juga sudi menyampaikan hadiah kepada murid-murid pada setiap tingkatan yang telah mencapai bacaan buku tertinggi dan sempat meluangkan masa membuat tinjauan ke Pusat sumber Sekolah bagi melihat persediaan PSS untuk diadili oleh hakim pada 11hb Mac 2010 dalam pertandingan PSS cemerlang tahun ini. Kami di PKG mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan sekolah atas program yang dibuat ini dan terima kasih atas kehadiran Puan KPP ke Majlis pada hari ini. Sekian.
 berikut adalah foto-foto sekitar majlis pelancaran NILAM :
 Puan Hajah Mazenah Bt Mohamed sedang menyampaikan  ucapan

 ucapan Tuan Pengetua SMK Putri Saadong, Tn Hj Pi Remli Che Ishak

  Lafaz perasmian oleh Puan KPP BTPN Kelantan

Pelepasan Banting"Membaca Budaya Warga SMKPS"

Majlis Penyampaian Cenderahati 

 Tinjuan ke PSS


















Tuesday, February 23, 2010

TAHNIAH! 8 CALON PMR PUTRI SAADONG MEMBANGGAKAN

SMKPS, kecemerlangan 8 daripada 293 calon PMR, SMK Putri Saadong telah diraikan dalam Majlis Anugerah Bestari Penilaian Menengah menengah Rendah (PMR)

Majlis itu turut dihadiri para ibu bapa pelajar yang berjaya dan anugerah kecemerlangan telah disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bachok, Datuk Muhammad Zaidi Sidek. Dalam ucapan alu-aluan, Tuan Pengetua menyatakan bahawa kejayaan itu adalah berkat semangat dan kerjasama semua pihak. Walaupun sumbangan yang diberikan ini tidak dapat menandingi kejayaan yang dicapai, namun sekurang-kurangnya ia dapat dijadikan suntikan semangat buat pelajar-pelajar lain untuk terus mencipta kejayaan pada masa akan datang.


Foto-foto sekitar majlis kecemerlangan PMR :






Saturday, February 20, 2010

“MAJLIS ASYURA”PUPUK SEMANGAT 1 SMKPS


SMKPS 16 Januari 2010, sebanyak 13 kawah Asyura telah dimasak sempena bulan Muharram yang mulia. Majlis ini Berjaya memupuk semangat 1 SMKPS yang dicanangkan oleh Tuan Pengetua Tn. Hj. Pi Remli B. Che Ishak. Pelajar-pelajar turut bergotong-royong mengacau Asyura disertai seluruh warga sekolah bagi memastikan bubur Asyura masak tepat pada masanya. Para pelajar dan seluruh warga sekolah turut merasa keenakan bubur Asyura pada hari Ahad 17 Januari 2010.

berikut foto-foto gotong royong antara guru-guru sempena sambutan asyura :





Monday, February 1, 2010

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Capai hasrat “Ponteng Sifar”

SMKPS: 26 Januari 2010, Program Jom Ke Sekolah telah dilancarkan di peringkat SMk Putri Saadong. Program itu dirasmikan oleh Puan Siti Zainon Mat, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pembangunan Kemanusiaan), Pejabat Pendidikan Daerah Bachok. Dalam ucapan perasmian, Pn. Siti Zainon menekankan bahawa masalah ponteng perlu dibendung dengan segera kerana semua masalah disiplin yang berlaku di sekolah bertitik tolak daripada gejala ponteng. Oleh itu para pelajar diseru menanam azam untuk sentiasa ke sekolah agar Program Jom ke Sekolah yang kita lancarkan pada hari ini berjaya.

Monday, January 11, 2010

LITERASI ICT

Dedah teknik memproses bahan sumber dalam kalangan pengawas PSS

SMKPS:  13 Februari, Kursus Literasi Maklumat untuk pengawas-pengawas pusat sumber SMK Putri Saadong telah diadakan bertempat di bilik Tayang sekolah.  Kursus ini dihadiri seramai 70 orang pengawas PSS sekolah.  Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada tugas-tugas pustakawan, mempelajari teknik memproses bahan sumber di samping pendedahan tentang NILAM kepada pengawas PSS. 





 



Sunday, January 10, 2010

PROGRAM MINGGU ORIENTASI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 4

SMKPS:3-7 Januari 2010, Jawatankuasa Bertindak ting 1 dan Jawatankuasa Bertindak SPM Tahap 1 (ting 4) dengan kerjasama Unit Kaunseling telah mengadakan Minggu Orientasi pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 4. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajari sistem pembelajaran peringkat menengah. Majlis perasmian tersebut dilakukan oleh Tn. Pengetua Tn. Hj. Pi Remli B. Che Ishak.

Sunday, January 3, 2010

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang di sediakan oleh PSS

o Perkhidmatan perpustakaan

1.pinjaman buku fiksyen
2.pinjaman buku bukan fiksyen.
3.perkhidmatan Internet dan komputer
4.perkhidmatan buku pukal
5.Rujukan (Kamus,Peta Topo dsb)

o Perkhidmatan bilik tayangan

1.perkhidmatan radio
2.perkhidmatan Tv pendidikan
3.perkhidmatan OHP
4.perkhidmatan CD bersama Laptop dan LCD untuk
pengajaran dan pembelajaran.
5.perkhidmatan tayangan filem
6.perkhidmatan slaid

o Perkhidmatan bahan bantu mengajar(BBM)

o Perkhidmatan Bilik PAK (Pembelajaran Akses Kendiri)


o Perkhidmatan CD.
Pinjaman CD digalakkan daripada bilik tayangan

Unit-unit PSS SMK Putri Saadong


I. PERPUSTAKAAN
II. BILIK TAYANG
III. BILIK PUSAT AKSES KENDIRI
IV. BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR

Saturday, January 2, 2010

matlamat PSS

1. Mempertingkat mutu pendidikan sekolah.
2. Membentuk profesion perguruan yang berteraskan ilmu, kreativiti, dinamis, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru agar dapat memainkan peranan yang berkesan demi pembangunan negara, bangsa dan agama.
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin agar mereka dapat berperanan positif dalam masyarakat kelak
4. Merapatkan jurang kemudahan pendidikan antara sekolah.

Pengenalan

Pusat Sumber sekolah ( PSS ) adalah seluruh kawasan sekolah. PSS adalah agensi penting di sekolah yang menyediakan pelbagai bahan dan khidmat serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah PSS bukan tempat menyimpan bahan atau maklumat lama supaya diwariskan kepada murid. Tegasnya PSS perlu menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang mengukuhkan kemahiran asas dalam pembelajaran, PSS juga menyediakan bahan pengajaran yang berpusat, mudah disebar dan digunakan oleh masyarakat sekolah. Ia juga sebuah tempat pelbagai maklumat yang diuruskan secara sistematik, oleh kakitangan terlatih. Ia bertujuan memberi perkhidmatan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

sejarah

SEJARAH PERPUSTAKAAN SMK Putri Saadong
Perpustakaan SMKPS mula beroperasi sejak 1975 dengan menggunakan Sistem Dewey dalam penyusunan bahan-bahan maklumatnya.

Friday, January 1, 2010

fungsi pss

PSS mempunyai fungsinya yang tersendiri

1. Mengumpul atau memperoleh bahan koleksi pelbagai jenis dan bentuk yang sesuai bagi pembelajaran. Ia diperoleh secara percuma, dibeli ataupun dibekalkan oleh pihak tertentu.

2. Menghasilkan atau mengeluarkan bahan pembelajaran sendiri, sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Bahan-bahan yang dihasilkan dibeli ataupun larangan terpakai.

3. Mengorganisasi atau menyusun bahan-bahan secara sistematik.

4. Mengedarkan atau menyebarkan maklumat berkenaan bahan yang terdapat di PSS. Ia dapat digunakan secara maksimum oleh semua murid dan guru.

5. Memberi panduan, bimbingan dan nasihat kepada pengguna berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan dan lokasi bahan atau alatan.

lokasi